IBU…,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita
berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang.
Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang
budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan
basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran
kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk
membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan
kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan
diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah
pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang
tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan
sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak
ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu
baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan
masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan
kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran
tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti
terang nyata di depan mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai
ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi
maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan
sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.
Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak
ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada
isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya
si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol,
hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri
sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan
asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli,
ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan
quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk
turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’
sahaja.
Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang
terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut
mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat
mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah
mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang
sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang
menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”.
Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak
yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan
anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini. KREDIT WARGA PRIHATIN.
0 Response to "Subhanallah!! Sayu Permintaan TERAKHIR BANDUAN HUKUMAN MATI Untuk DISAMPAIKAN Pada IBU KANDUNGNYA "
Post a Comment