DEFINISI DAYUS
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah S.A.W
berkata: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si
DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang
yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS?, berkata Nabi: "iaitu orang
yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri
dan anak-anaknya) - (Riwayat At-Tabrani)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS
adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil
endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah
sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang
dan dipeluk oleh lelaki lain.
PENERANGAN ULAMA TENTANG LELAKI DAYUS
Berikut adalah beberapa tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus:
Ertinya: "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman)
terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya). Imam Al-‘Aini pula berkata :
"Cemburu lawannya dayus."
Berkata pula An-Nuhas: “cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah
seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui
dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram."
Menurut Imam Az-Zahabi: “Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau
mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina)
maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada
kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh
Islam) dalam dirinya."
Imam Ibn Qayyim pula menyatakan: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah
perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli
keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda
tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan
menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji,
tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap
perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak
kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.”
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya
terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan
sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor,
gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan
kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan
dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak
sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain
tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari
lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor
lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor
wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Jadi dalam golongan manakah diri kita tergolong? TEPUK DADA TANYA IMAN :)
0 Response to "Astaghfirullahal’azim! Tahukah Anda? Inilah Perbuatan Yang Boleh Buat Suami Dayus Tanpa Sedar"
Post a Comment